Wednesday 10 August 2016

KUMPULAN 2




Bentuk-bentuk komunikasi menurut islam 


Komunikasi vertical 

ialah komunikasi dari atas ke bawah (downward communication) dan dari bawah ke atas upward communication)atau komunikasi daripada pimpinan kepada bawahan dan daripada bawahan kepada pimpinan secara timbal balik (two way traffic communication)  

 


Saluran komunikasi   

Surat arahan kerja

Manual kerja

Borang maklum balas

Perjumpaan

Mesyuarat

Kursus induksi

Memo

E-mel

Papan Kenyatan

Telefon

Laporan tahunan

Akhbar

 

 

Komunikasi ke atas ke bawah     

Komunikasi ke bawah bermaksud komunikasi yang membawa maklumat tentang tugas pada seseorng yang melakukan tugas tersebut. Komunikasi ini turut membawa  


maklumat tentang dasar dan tatacara,serta boleh di gunakan untuk mendapat maklum balas yang bersifat motivasi kepada pekerja.Komunikasi vertikal adalah komunikasi yang terjadi antara atasan dan bawahan dalam organisasi. Robbins (2001) menjelaskan bahawa komunikasi vertikal adalah komunikasi yang mengalir dari satu tingkat dalam suatu organisasi/kelompok ke suatu tingkat yang lebih tinggi atau tingkat yang lebih rendah secara timbal balik. Dalam lingkungan organisasi atau kelompok kerja, komunikasi antara atasan dan bawahan menjadi kunci penting kelangsungan hidup suatu organisasi. Bahkan menurut Stoner dan Freeman (1994), dua per tiga dari komunikasi yang dilakukan dalam organisasi antara atasan dan bawahan berlangsung secara vertikal, sehingga peran komunikasi vertikal sangat urgen dalam organisasi.             

KOMUNIKASI HORIZONTAL DAN DIAGONAL
      

Pengertian Komunikasi Islami
Komunikasi Islam berfokus pada teori-teori komunikasi yang dikembangkan oleh para pemikir Muslim. Tujuan akhirnya adalah menjadikan komunikasi Islam sebagai komunikasi alternatif, terutama dalam menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan yang bersesuaian dengan fitrah penciptaan manusia. Kesesuaian nilai-nilai komunikasi dengan dimensi penciptaan fitrah kemanusiaan itu memberi manfaat terhadap kesejahteraan manusia sejagat. Sehingga dalam perspektif ini, komunikasi Islam merupakan proses penyampaian atau tukar menukar informasi yang menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi dalam Alquran. Komunikasi Islam dengan demikian dapat didefenisikan sebagai proses penyampaian nilai-nilai Islam dari komunikator kepada komunikan dengan menggunakan prinsip-prinsip komunikasi yang sesuai dengan Alquran dan Hadis. 


Komunikasi horizontal (komunikasi lateral/menyamping) 

Komunikasi horizontal merupakan bentuk komunikasi secara mendatar dimana terjadi pertukaran pesan secara menyamping dan dilakukan oleh dua pihak yang mempunyai kedudukan sama, posisi sama, jabatan se-level, maupun eselon yang sama dalam suatu organisasi. Menurut Daft (2003), komunikasi bentuk ini selain berguna untuk menginformasikan juga untuk meminta dukungan dan mengkoordinasikan aktivitas. Komunikasi horizontal diperlukan untuk menghemat waktu dan memudahkan koordinasi sehingga mempercepat tindakan (Robbins, 2001). Kemudahan koordinasi ini menurut Liaw (2006) disebabkan adanya tingkat, latar belakang pengetahuan dan pengalaman yang relatif sama antara pihak-pihak yang berkomunikasi, serta adanya struktur formal yang tidak ketat


Komunikasi diagonal (komunikasi silang) 
Komunikasi diagonal merupakan komunikasi yang berlangsung dari satu pihak kepada pihak lain dalam posisi yang berbeda, dimana kedua pihak tidak berada pada jalur struktur yang sama. Komunikasi diagonal digunakan oleh dua pihak yang mempunyai level berbeda tetapi tidak mempunyai wewenang langsung kepada pihak lain. Koontz et al. (1989) mengatakan bahwa komunikasi silang ini tidak mengikuti hirarki organisasi tetapi memotong garis komando. Komunikasi ini merupakan saluran komunikasi yang jarang digunakan dalam organisasi, namun penting dalam situasi dimana anggota tidak dapat berkomunikasi secara efektif melalui saluran lain. Penggunaan komunikasi ini selain untuk menanggapi kebutuhan dinamika lingkungan organisasi yang rumit, juga mempersingkat waktu dan memperkecil upaya yang dilakukan organisasi (Gibson et al., 1997). 



JENIS KOMUNIKASI MENURUT ISLAM
Komunikasi Islam ialah komunikasi yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Setiapperbuatan atau perkataan hendaklah berasaskan panduan wahyu dan Sunnah Rasulullah SAW. Umat Islam mesti meyakini bahawa setiap perbuatan mempunyai nilai hokum iaitu Wajib, Sunat, Makruh, Harus dan Haram. Hukum tersebut sebagai penilaian terhadap setiap amalan umat islam yang merangkumi semua bidang dalam kehidupan. Amalan komunikasi juga dianggap sebagai ibadat dalam kehidupan umat Islam. Jenis komunikasi juga terbahagi kepada empat bahagian iaitu Intrapersonal, Interpersonal, Kelompok, dan antara budaya.


KOMUNIKASI INTRAPERSONAL ( al-Ghasyiyah 88:17-20 )
 Dalam Surah al-Ghasyiyah 88:17-20, Allah SWT memerintahkan manusia yang berakal untuk memperhatikan dan memikirkan semua ciptaan-Nya.

i.                    Komunikasi dengan Pencipta.
Iaitu ibadah secara khusus. Setiap individu Muslim wajib mengadakan hubungan terus dengan Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari melalui sembahyang fardu. Ibadah sebagai komnikasi langsung dari hamba kepada penciptanya ini sangatlah penting kerana ia (sembahyang) akan dapat mencegah dariapda melakukan perbuatan-perbuatan buruk dan kemungkaran.


 
ii. Komunikasi dengan diri sendiri.

Ketepatan dan kejelasan adalah amat perlu kerana setiap orang melakukan sesuatu tindakan atau komunikasi dengan pihak luar daripada dirinya, proses komunikasi di dalam diri akan berlaku terlebih dahulu. Antara unsurnya ialah niat dan berfikir. Maka di dlam Islam, faktor niat adalah penting sehingga boleh menentukan sah atau tidaknya perbuatan seseorang. Oleh itu Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niat".  Kepentingan niat bukan sahaja atau dalam konteks undang-undang disebut dengan motif menjadi sesuatu perkara yang amat penting dalam pelaksanaan undang-undang bagi memastikan seseorang itu bersalah atau tidak.



Komunikasi Interpersonal Islam
Berasaskan nilai-nilai keagamaan yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Hal ini kerana, segala sesuatu yang berhubung dengan proses komunikasi sama ada secara prinsip, kaedah, mesej, matlamat dan media hendaklah berasaskan panduan wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T dan juga Sunnah Rasulullah S.A.W. Amalan komunikasi ini dikira ibadat dalam kehidupan umat Islam. Ia berlaku sama ada dalam keadaan terancang, teratur atau spontan. Selain itu, amalan ini merupakan pendekatan asas yang didalam penyampaian mesej dakwah yang dilakukan oleh para Nabi dan Rasul terdahulu.
Komunikasi Interpersonal Konvensional
Menitikberatkan soal-soal etika dalam penyiaran dan komunikasi sahaja yang digubal oleh manusia itu sendiri. Selain itu, hukuman kepada pelanggaran etika bagi komunikasi hanya berlaku di dunia sahaja sama ada dalam bentuk denda atau tindakan tatatertib. Hal ini berbeza dengan hukuman bagi pelanggaran terhadap etika komunikasi secara Islam yang berlaku hingga akhirat selagi ia tidak mendapat keampunan daripad Allah S.W.T.

Prinsip Komunikasi Interpersonal Dalam Islam
1.     
Memulakan percakapan dengan “Assalamualaikum”
Menyebarkan salam adalah anjuran bagi menyebarkan rasa ketenangan dalam kalangan masyarakat dan cara yang kuat untuk mengukuhkan rasa cinta dan kasih saying dalam kalangan umat Islam.

2.      Bercakap dengan lemah-lembut
Kelembutan dan kehalusan dalam tutur kata merupakan perkara yang harus wujud ketika berinteraksi sesame manusia. Namun, dalam keadaan tertentu memerlukan ketegasan seperti perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

3.      Menggunakan perkataan yang baik
Tutur kata yang baik diumpakan mutiara yang disukai oleh orang ramai. Kata-kata yang baik meletakkan penutur sebagai insan yang disenangi, disanjungi, dicontohi dan diterima kata-kata itu untuk kebaikkan. Masyarakat akan mudah tersentuh dan tersinggung apabila isu bahasa kasar dan mencarut dibangkitkan.

4.      Bercakap benar
Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan Iman. Antaranya ialah hanya berkata perkara yang benar serta berfaedah. Seseorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya dari berbicara perkara yang haram kerana ia akan dipersoalkan di akhirat kelak apa yang dibicarakan.



Prinsip Berkesan Dalam Komunikasi Interpersonal
1.      Kefahaman
Cara komunikasi ini dikatakan berkesan apabila orang memahami apa yang kita maksudkan.

2.      Wujudnya tindakan susulan
Seorang jurujual dikatakan berjaya apabila orang mula mebeli produk yang dijualnya.

3.      Keterampilan
Menentukan persepsi orang lain terhadap kita pada awal pertemuan

4.      Suara
Kebolehan mengawal nada, sebutan dan lenggok suara merupakan daya penarik kepada kita. Ia juga asas kepercayaan orang lain terhadap kita.

5.      Membawa topik perbualan yang anda mahir
Hal ini menambahkan keyakinan dan kepercayaan individu lain kepada kita.

Komunikasi yang melibatkan hubungan antara manusia dengan manusia telah lama wujud sejak zaman Nabi Adam AS lagi. Penyebaran agama Islam melalui dakwah interpersonal yang dilakukan pada awal kebangkitan Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W ternyata membuahkan hasil yang realitinya dapat dilihat pada hari ini. Ironinya, komunikasi dalam Islam yang disampaikan adalah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan yang tertinggi yang tiada pada agama lain yang wujud di dunia ini.




KOMUNIKASI KELOMPOK
Bentuk komunikasi kumpulan dapat dilihat dalam al quran berdasarkan sumber yang berikut

3 sumber 

 
·         Surah al-mulk (ayat 8-10)
·         Kumpulan kepada kumpulan
·         Komunikasi kelompok iaitu komunikasi antara para penjaga neraka dengan orang orang yang di masukkan ke dalamnya
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"


Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "

 


Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka". 




·         Komunikasi Individu kepada kumpulan
·         Kisah zaman nabi Nuh kepada kaumnya untuk menyembah ALLAH
·         Surah NUH (1-3)



إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ أَنْ أَنْذِرْ قَوْمَكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (١)
 قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ (٢)
 أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ (٣)


1.Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya (dengan perintah), "Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih "
2. Dia (Nuh) berkata, "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini seorang pemberi peringatan yang menjelaskan kepada kamu,
3. (yaitu) sembahlah olehmu Allah, bertakwalah kepada-Nya dan taatlah kepadaku, 



·         Kumpulan interpersonal kepada individu
·         Orang kafir dengan nabi Muhammad
Surah al-nazi’at (42)


سْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا(42)



(Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari berbangkit, kapankah terjadinya?. 



KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA

ü  Komunikasi antara budaya dalam al-quran biasanya terdapat pada kisah kisah para nabi
ü  Perbezaan antara orang muslim dan kafir pada zaman itu
ü  Sebagai mana kisah :

o   Zaman Nabi Nuh A.S (Surah Nuh (8-10)
8. Lalu sesungguhnya aku menyeru mereka dengan cara terang-terangan.
9. Kemudian aku menyeru mereka secara terbuka dan dengan diam-diam.
10. maka aku berkata kepada mereka, 'Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun.

o   Zaman Nabi Musa A.S (Surah al-Nazi’at (18-24)
" Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)? "(18)" Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? "(19)" maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar. (20)" lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah) "(21)"Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usaha "(22)" Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, "(23)Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi". (24)


o   Zaman Nabi Soleh A.S (Surah al-Shams (13-14)


Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"(13). (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).(14)

 

·         Dalam mempraktikkan komunikasi yang pelbagai mengikut keadaan di atas al-quran dan hadis menggariskan kaifiyat atau cara sebagai panduan.
·         Komunikasi dapat berjalan dengan baik dan efektif
·         Etika,Prinsip dan Kaedah komunikasi interpersonal atau intrapersonal
·         Kajian berkaitan cara komunikasi islam kita dapat menemukan sekurang kurangnya enam jenis gaya perbicaraan (qaulan)
·         Kategorikan sebagai:
o   Kaedah
o   Prinsip
o   Etika komunikasi lisan

Ø  Qaulan Saidina (perkataan yang betul)
ü  Surah al nisa ayat -9
Ø  Qaulan Baligha (kata kata yang boleh memberikan kesan )
ü  Surah al nisa’ ayat 63
Ø  Qulan Ma’ruf (kata kata yang baik)
ü  Surah al nisa’ 5
Ø  Qaulan karima (perkataan yang mulia)
ü  Surah al isra’ 23
Ø  Qaulan layinan (kata kata lemah lembut)
ü  Surah Taha ayat 44
Ø  Qaulan maisura (kata kata yang menyenangkan hati)
ü  Surah Isra’ ayat 28